----------------------------------------------------
Akhirnya sampai jugak aku ke post yang ke-100 ni. Dah setahun lebih dah aku mula menulis blog ni, tapi sekarang je baru nak sampai 100, sedangkan orang lain yang lagi baru start pun dah mungkin sampai 300-400.
Takpe takpe, bagi aku nombor itu tak penting.
Apa yang paling penting sekali kualiti, betul?
Walaupun aku dah lebih setahun menulis blog, aku cuma start
Nuffnang aku pun dah lama jugak, tapi sebelum aku mula mengaktifkan diri, die duduk kat satu digit je. Sekarang la baru nak cecah dua digit. Celaka kan?
Tapi Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, aku makin rajin pergi mengunjung blog-blog
dan makin meriah la jugak Nuffnang aku (baru nak start meriah).
Jadi, apa lagi, tekan-tekan la Nuffnang aku ye?
Haa, ada satu lagi aku pelik sal Nuffnang ni.
Selalunya iklan bertukar-tukar je kan, dan iklan pun kadang-kadang tidur kan?
Tapi ada satu iklan ni, suka sangat kat blog aku. Korang yang selalu datang mesti taw iklan apa kan?
Iklan Carefree.
Aku pun pelik. Kenapa eh?
Aku jantan kot. Aku mana taw pasal pad-pad ni.
Aku bukan nye maknyah ke gayboy ke ape ke.
Hahaha
Siapa tolong tekan iklan Carefree aku nanti aku belikan dia supply untuk 3 kitaran haid. hahaha
Tapi, bila fikir balik, ini sebenarnya adalah satu compliment untuk blog aku.
Iklan Carefree ni sah-sah market dia semua perempuan. Tapi dia letak kat blog aku.
So maknanya, ramai la perempuan/awek/bini orang/janda/andartu yang datang blog aku ni eh?
Muahahaha
Oh, akhir sekali, aku agak emo sedikit.
Ini kerana Arsenal kalah semalam.
Cibai laa
Dah dah, cukup merapu. Inilah akibatnya bagi aku cakap Melayu, tunggang-langgang. Mana taknye, aku rasa aku tak pernah dapat A dalam Bahasa Melayu sepanjang aku sekolah menengah dulu.
hahaha
Agaknya kalau aku tulis blog ni dalam bahasa Melayu, ape tajuk blog ni eh?
Ok lah,
Happy Hundredth!
eh eh silap, Selamat Seratus!
